Followers




Wednesday 20 July 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة






Assalamualaikum salam berbicara
saLam ukhuwahifillah
sihat tak semua ??? pagi yang cerah
indahnya ciptaan ALLAH SWT
Indah kan bumi kita ???? cantik saja ..

Entry kali nie , tentang بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

a. Basamalah (Bismillah) menjelaskan 3 Nama Allah yang amat luas skopnya; Allah, al-Rahman dan al-Rahim.
b. Basmalah itu sendiri merupakan ayat tergantung. Ia disambungkan dengan perbuatan si-pembaca tersebut.
1a. Allah – dinamakan lafaz Jallaalah. Syiekh Salih al-Munajjid menyebut :-
هو الاسم الأعظم وهو أعرف المعارف الغني عن التعريف ، وهو علم على الباري جل جلاله مختص به دون سواه والصحيح أنه مشتق من أله يأله ، ألوهة وإلهة
فهو إله بمعنى مألوه أي معبود فهو : ذو الألوهية
.

“(Allah) iaitu nama yang Agung dan ia amat dikenali sehingga tidak perlu kepada penjelasan, ia merupakan nama kepunyaan ekslusif kepada pembuat dan tidak ada yang menyamainya. Pendapat yang sahih ialah ia diambil dari kata dasar ALIHA; iaitu dia adalah Tuhan (ilaah), dengan makna ia di sembah dan ‘divine’.”
1b. al-Rahman -
اسم من أسماء الله الخاصة به ، ومعناه ذو الرحمة الواسعة لأن وزن فعلان : يدل على الامتلاء والكثرة وهو أخص أسماء الله بعد لفظ الجلالة ، كما أن صفة الرحمة هي أخص صفاته ولذا غالبا يأتي ترتيبها بعد لفظ الجلالة كما في قوله تعالى ( قل ادعوا الله أو ادعوا الرحمن .. الآية )
“salah satu dari nama-nama Allah yang khas untuknya. Maknanya : yang memiliki Rahmah yang meluas, kerana sesungguhnya wazan fa’laan menunjukkan sepenuhnya dan banyak. Ia merupakan nama yang sangat khusus selepas lafaz/nama Allah (Jallaalah), sebagaimana Rahmah merupakan sifatnya yang khusus. malah nama ini biasa akan muncul selepas nama Allah, sebagaimana ayat :’Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama “Allah” atau nama “Ar-Rahman” ‘ [al-Isra’ 17:110].
1c. al-Rahim :-
اسم من أسماء الله : معناه الموصل رحمته إلى من يشاء من عباده
“Salah satu nama dari nama2 Allah. Maknanya Dia yang menyebabkan rahmat itu sampai kepada hambanya yang dia kehendaki”
Misalan ini boleh didapati didalam 2 ayat al-Quran dibawah ini :-
وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
“Dia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). “[al-Ahzaab 33:43]
إِنَّهُ بِهِمْ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“sesungguhnya Allah Amat Belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.” [al-Tawbah 9:117]
Ibn Qayyim didalam kitabnya Badaa’i’ al-Fawaa’id (1/24) berkata :
ولم يجئ قط ( رحمن بهم ) فعلم أن رحمن هو الموصوف بالرحمة ، ورحيم هو الراحم برحمته
“dan tidak digunakan perkataan ‘Rahman’ [ddialam ayat diatas], maka kita tahu bahawa Rahman bermakna dia yang mempunyai sifat ‘rahmah’, dan al-Rahim bermaksud kepada siapa yang diberikan rahmahnya”
————-
2a. Ulama2 juga mengatakan bahawa perkataan (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ )\– “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani” merupakan ayat tergantung. Misalnya, seseorang yang ingin makan akan membaca “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani” dan dikuti dengan perbuatan makan tersebut. Dengan ertikata lain Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Aku Makan….. Oleh kerana itulah menjadi sunnah memulakan pekerjaan dengan basamalah. Perbuatan seseorang yang membaca Basmalah yang menjadikan ayat itu sempurna (tidak tergantung lagi). Ibn Jarir ra. meriwayatkan bahawa Alalh swt mengajar Nabi muhammad saw akan memerintahkan manusia agar sebelum memulakan apa2 pekerjaan dengan menyebut Nama2 Allah yang baik2.
Ini menjelaskan bahawa basamalah ini amat luas dari segi MAKNA dan juga PENGUNAANNYA. WA.



No comments:

Post a Comment