Followers




Saturday 16 July 2011

Pantun 4 Kerat (Budi)



Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bika kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.




Rangkap pertama: pantun ini disampaikan sebagai
pesanan tidak langsung bahawa orang yang berbudi 
hendaklah dikenang

Rangkap kedua: orang yang berbudi , pasti akan di
sebut-sebut walaupun telah meninggal dunia

Rangkap ketiga: jasa dan budi orang sentiasa di-
kenang. Biarpun kecil , budi itu tetap dihargai

Rangkap keempat: seseorang yang mengasihi yang lain
apabila kasihnya diterima hubungan tesebut 
akan berterusan untuk jangka masa yang
panjang.

Tema dan Persoalan
1. Tema puisi tradisional ini ialah budi 
yang terdiri daripada akal budi,
budi bahasa, budi pekerti , dan 
budi bicara
2.Persoalannya pula ialah ::::::::::::::::
a) ketinggian nilai budi
b) sikap mengenang budi   
c) budi yang tidak luput 
walaupun seseorang itu
telah meninggal dunia
d) budi yang mengikat 
hubungan sesama 
manusia dan menjadikan
seseorang itu sangat
terhutang budi

Bentuk Pantun 
:puisi terikat
:bilngn bris dlm rgkp
adalah sama
iaitu , empat baris
serangkap
:bilangn kata dlm
setiap bris hampir
sama , iaitu antra
3-5 ptah dalm sebris

No comments:

Post a Comment